Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

January 26, 2011

Vegans tak makan 10 jenis makanan

Untuk info:-
Tahukah anda apa itu Vagans? Vagans sama seperti vegetarians tidak makan daging, tapi vagans lagi strict daripada vegetarian sebab tidak makan langsung ikan, telur, susu atau makanan berasaskan susu dan binatang laut yang bercengkerang seperti siput,remis, kerang dan kupang.Semua jenis makanan yang berasaskan binatang seperti lembu atau pun makanan yang berasaskan daripada serangga.
Makanan ini termasuk:-

  1. Semua jenis daging
  2. Ikan atau makanan laut yang bercengkerang
  3. Makanan berasaskan susu
  4. Telur
  5. Gula Putih
  6. Madu
  7. Sesetengah roti yang menganduingi dairy product
  8. Marshmallows
  9. salad dressings
There are all very strict, some people said they are even strict compared to muslim, but well, we are muslim can eat anything as long it is not harmful to our health atau boleh memudharatkan diri kita sendiri. Tepuk dada tanya selera tapi kena berpada-pada sebab makanan sekarang pun banyak penyebab penyakit-penyakit kronik seperti kanser ataupun kencing manis. Mintak-mintaklah kita dijauhi, info diatas adalah semata-mata untuk menambah pengetahuan kita, yang baik kita ambil dan yang buruk itu kita buang.
Trima kasih semua sebab sudi membaca sini...appreciate it!
Some pic untuk tatapan semua!!
some healthy food you can consider!!

Penggunaan Perkataan Salam

Just sharing..

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). 
(QS. 43:89)baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”.Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”. Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ; “WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
 “WAALAI KUM SALAM” Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“. Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..Sekian, semoga ada manfaatnya

January 13, 2011

Apa Azam Tahun Baru?

Rasanya masih belum terlambat untuk bercakap tentang...; apakah azam tahun baru untuk 2011....emmm! macam dah lama tapi baru saja kita melangkah 13 hari di tahun 2011.Dah ada azam tahun baru cuma tidak diceritakan kat blog nie...kalau kita tanya pada rakan-rakan, macam-macam jawapan azam tahun baru, tapi yang syoknya, azam tahun lepas dah tercapai ke belum??? untuk saya, setiap azam tahun baru, dibuat bila bermulanya tahun baru di dalam kalendar islam, masa tu, terus tanam azam tahun baru...moga-moga Allah makbulkan,tapi semua itu pun bergantung pada usaha kita, doa salah satu usaha tapi yang penting usaha bersungguh-sungguh nak mencapai yang dihajati itulah yang perlu diutamakan, selepas itu terserah pada Allah untuk memberi kejayaan atas daya usaha dan keringat kita...
Bila kita tengok orang-orang duk bercerita tentang azam baru...wah masing-masing bersemangat bercerita tentang azam tahun baru! contohnya nak jadi yang terbaik, jadi kaya, ibu atau bapa yang lebih baik dan sebagainya,..tak kisahlah tapi yang penting kena usaha nak mencapai apa yang dihajati...semoga kalian semua berjaya dalam hidup kalian!!!;
SO;...share dengan saya apa azam atau apa yang anda nak capai dalam hidup anda dan tempohnya dalam tahun 2011....??? emmmmmmmm....
Macam saya...nak berjaya dalam bisnes saya sendiri....nak sangat yek!!emmm...lepas tu mulalah berangan nak pakai kereta yang lebih cantik dan syok gitu...
Tapi yang penting...all is about my family ,..especially my kids...nak dididik dan diasuh. Yang sulung dah 6 tahun...nak tak nak; kena dah pandai baca buku...mengeja,mengira dan membaca...bila dah masuk darjah 1, kalau tak pandai lagi memang akan ketinggalan dalam kelas. Insya Allah, kanak-kanak kalau dididik dan dibentuk secara berterusan...tahap penerimaan pembelajaran adalah 100%,,,terpulang pada parent saja...
oklah...nak nak tutup cerita...continue dilain masa yea...

January 10, 2011

Marriage

Quote of today
  • Love one another and you will be happy. It is simple and difficult as that ~Michael Liunig~
  • When you realize you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible ~Nora Ephron
  • True love stories never have endings ~Richard Bach
Suatu perkahwinan adalah satu ikatan yang cukup indah dihiasi dengan kejujuran dan toleransi antara kedua-dua ~ lelaki dan perempuan~menjadi suatu mahligai indah yang dihiasi dengan bunga-bunga kebahagian, kehadiran anak-anak melengkapkan hidup menjadi cukup bermakna.Thanks a lot for God, had gave me a chance and to my beloved husband and all my lovely 3 daughters. 
~Sweet Love~

January 4, 2011

Musim Cuti





Musim cuti sekolah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang boleh memberi manfaat pada anak-anak kecil. Semestinya, membawa mereka explore sesuatu yang baru sesuatu yang menyeronok kan...terutamanya naik train LRT atau jalan2 sekitar bandar,pergi zoo ataupun aquaria KLCC, wah cukup menarik sekali pengalaman sebegitu didedahkan untuk anak2 kecil, tentunya malam boleh tidur lena sampai ke pagi. Tapi, bagi mak dan ayah, sesuatu yang cukup memenatkan untuk menjaga dan mengawasi anak-anak, almaklumlah sekarang ni kes kehilangan anak2 kecil banyak terjadi terutama di bandar2 besar....terutamanya di shopping complex, sesuatu yang cukup ditakuti. Alhamdullilah, anak-anak saya boleh behave themselves quite good, as always I mentioned that..."kalau hilang nanti di kipnap oleh orang jahat" so that word sekurang-kurangnya boleh menakutkan mereka. Pembelajaran secara tidak formal penting sekurang-kurangnya mereka tahu antara benda yang boleh atau tidak dilakukan semasa berada dikhalayak ramai. Tangan mesti sentiasa dipegang dan setiap pergerakan sentiasa diawasi oleh guardian.Ok,jom layan pic terbaru anak-anak ku nie...